Wednesday, 1 May 2013

OBJEKTIF UMUM


 

§  Memupuk semangat dan kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya kesihatan secara  menyeluruh. 

§  Membolehkan peserta PDM membantu diri mereka sendiri serta rakan-rakaan untuk hidup sihat. 

§  Memupuk semangat kerjasama dalam menjaga diri dan alam sekitar.

§  Peserta KDM akan menjadi contoh, peneraju dan pendorong kepada  rakan-rakan mereka dalam usaha   meningkatkan tahap kesihatan mereka.

§  Membolehkan peserta KDM  menjadi contoh (role model) dan pembimbing kepada warga sekolah yang lain ke arah amalan hidup sihat.

§  Membolehkan  peserta membantu anggota  kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

§  Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan murid-murid.

§  Mempertingkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pelajaran dalam usaha menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid-murid.

LATAR BELAKANG KELAB DOKTOR MUDA SK. AIR BARUK


Pada tahun 1997, sejajar dengan hasrat dan Wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Jasin telah memilih Sekolah Kebangsaan Air Baruk sebagai salah sebuah sekolah rintis Program Doktor Muda di daerah Jasin.

Di bawah Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan  dan Program Bersepadu Sekolah Sihat, program ini telah dilaksanakan di sekolah ini. Pada Tahun 2001, seramai 20 orang murid-murid yang terpilih telah menyertai program ini. Mereka terdiri dari murid tahun 4 dan 5. Sehingga tahun 2007, seramai 30 orang murid telah menyertai program ini setiap tahun. Pada tahun 2013, jumlah peserta Persatuan Doktor Muda SK Air Baruk telah menjadi 31 orang terdiri daripada murid-murid terpilih tahun 4, 5 dan 6. 

Pada tahun 2006, atas usaha guru pembimbing program ini, PDM telah dijadikan salah satu persatuan di SKAB. Peserta PDM akan berkumpul dan membuat aktiviti mereka setiap 2 minggu seperti persatuan lain. Tujuan program ini dijadikan sebuah persatuan adalah untuk memberi peluang kepada setiap peserta Doktor Muda menimba ilmu mengenai kesihatan serta memberi pengalaman akan tugas-tugas seorang doktor serta pengamal kesihatan. Program ini turut membina keyakinan dan keberanian serta memupuk sikap sebagai seorang pemimpin.

Akhirnya , pada tahun 2007 PDM telah diwujudkan  di semua sekolah berdasarkan modul yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.