Pada tahun 1997, sejajar dengan hasrat dan Wawasan
Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti, Pejabat
Kesihatan Daerah Jasin dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Jasin telah memilih
Sekolah Kebangsaan Air Baruk sebagai salah sebuah sekolah rintis Program Doktor
Muda di daerah Jasin.
Di bawah Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan dan Program Bersepadu Sekolah Sihat, program
ini telah dilaksanakan di sekolah ini. Pada Tahun 2001, seramai 20 orang
murid-murid yang terpilih telah menyertai program ini. Mereka terdiri dari
murid tahun 4 dan 5. Sehingga tahun 2007, seramai 30 orang murid telah
menyertai program ini setiap tahun. Pada tahun 2013, jumlah peserta Persatuan
Doktor Muda SK Air Baruk telah menjadi 31 orang terdiri daripada murid-murid
terpilih tahun 4, 5 dan 6.
Pada tahun 2006, atas usaha guru pembimbing program
ini, PDM telah dijadikan salah satu persatuan di SKAB. Peserta PDM akan
berkumpul dan membuat aktiviti mereka setiap 2 minggu seperti persatuan lain.
Tujuan program ini dijadikan sebuah persatuan adalah untuk memberi peluang kepada
setiap peserta Doktor Muda menimba ilmu mengenai kesihatan serta memberi
pengalaman akan tugas-tugas seorang doktor serta pengamal kesihatan. Program
ini turut membina keyakinan dan keberanian serta memupuk sikap sebagai seorang
pemimpin.
Akhirnya , pada tahun 2007 PDM telah diwujudkan di semua sekolah berdasarkan modul yang telah
disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment